Rabu, 06 Februari 2013

kisah taman syurga bernama Raudhah dan makam Rasulullah SAW

http://www.travelumrohbandung.com/?Paket_Umroh_2013:Jadwal%2CHarga_%26amp%3B_Fasilitas

kisah taman syurga bernama Raudhah dan makam Rasulullah SAW

Raudhah terletak di antara mimbar dengan makam (dahulu rumah) Rasulullah
ianya betul-betul bersebelahan dengan Masjid Nabi
jarak rumah nabi dengan masjid hanyalah bersebelahan dan di antara ruang itulah digelar Raudhah
Ibn Hajar Al-Asqalani dan Imam Nawawi mengatakan bahawa di situ tempat seharusnya diperbanyakkan doa
dan untuk makluman korang, tempat ini diberikan nama Raudhah oleh Rasulullah sendiri
dalam erti kata lain, kalau Rasulullah sendiri dah kata ia taman syurga, apalagi nak kita katakan, Subhanallah!
aku menulis pasal Raudhah kerana aku (dan aku rasa kita semua) PASTI mempunyai keinginan yang cukup kuat untuk ke kota suci Madinah dan Mekah untuk menunaikan haji/ umrah dan menjejakkan kaki ke Raudhah semestinya
karpet ini menandakan jemaah dah masuk ke kawasan Raudhah
dikatakan doa yang dipohon di Raudhah akan dimakbulkan Allah
dan peluang membaca pengalaman mereka yang telah menjejakkan kaki ke Raudhah menjadikan keinginan dan impian aku semakin tidak dapat dibendung lagi, di bawah ini aku sertakan pengalaman beberapa orang bloggers yang telah sampai dan menjejakkan kami ke Raudhah;
http://webctfatimah.wordpress.com/2012/03/21/ct95-hadiah-dari-langit-30-minit-di-raudhah
http://patriotika.multiply.com/journal/item/164/Raudah_Sebuah_taman_Surga_di_sudut_Nabawi
http://www.iluvislam.com/tazkirah/dakwah/4518-damai.html
http://www.azahrohaizah.blogspot.com/2012/04/kembara-part-4-medinah-munarwarrah.html
http://www.imamudasyraf.com/v1/?p=125
http://backpackerbusuk.blogspot.com/2011/09/umrah-madinah-part-2.html
selain Raudhah, sudah tentu keistimewaan Masjid Nabawi adalah di sinilah lokasi makam Rasulullah SAW
inilah makam Rasulullah
Makam Rasulullah SAW ditempatkan di dalam sebuah kawasan yang mempunyai kubah berwarna hijau di dalam kawasan Raudhah
di sisi makam Nabi SAW terdapat makam dua sahabat karib baginda iaitu Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a and Khalifah Umar al-Khattab r.a
mereka adalah antara sahabat karib Rasulullah SAW dan juga khalifah umat Islam selepas kewafatan baginda
mereka berdua adalah orang yang sentiasa menemani Rasulullah SAW ketika senang dan susah dan sentiasa mempercayai setiap kata-kata Nabi SAW di dalam apa juga keadaan
ada satu cerita menarik mengenai makam ini
ketika Rasullulah wafat, Baginda dikuburkan didalam kamarnya dan Siti Aisyah tetap tinggal dikamar yang sama, kemudian ketika Abu Bakar ra mendekati ajal beliau minta izin kepada Siti Aisyah agar dapat dikuburkan disamping sahabat yang  paling dicintainya itu dan Aisyah mengizinkannya
seperti diketahui Abu Bakar adalah ayah dari Siti Aisyah
kemudian ketika Umar bin al-Khatab mendekati ajal,  beliau juga minta izin Siti Aisyah untuk dikuburkan disamping sahabatnya, padahal Siti Aisyah sudah merancang untuk dikuburkan disamping suami dan ayah yang sangat dicintainya
tetapi kerana rasa hormatnya kepada Umar bin al-Khatab maka Siti Aisyah juga mengizinkannya
setelah Umar bin al-Khatab dikuburkan disamping Rasulullah, maka Aisyah tidak pernah membuka aurat dikamarnya kerana telah ada orang asing bukan mahramnya yang telah dikuburkan di kamarnya
begitulah mulianya Siti Aisyah, meskipun lelaki yang bukan mahramnya telah meninggal tetap saja Siti Aisyah tidak mahu menampakkan auratnya di depan kuburan Umar
kedudukan pusara Rasulullah SAW, Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar Al-Khattab adalah seperti solat berjemaah yang mana Rasulullah SAW menjadi imam kepada Abu Bakar dan Umar.
di mana letaknya makam Rasulullah SAW dan para sahabat?
Keterangan :
1. Makam Rasulullah Saw
2. Makam Sy. Abu Bakar as Shiddiq
3. Makam Sy. Umar ibn Khaththab
4. Tempat yang menurut suatu riwayat disediakan untuk Nabi Isa AS, ada 2 kemungkinan yaitu berada luruh dengan Rasulullah saw atau berada dibelakang Sy Umar ibn. Khaththab
apabila masuk ke dalam Raudhah, berdirilah menghadap ke arah kiblat
kita akan nampak di sebelah kiri ada sebuah bangunan berbentuk 4 segi berwarna hijau tua dan bangunan itu dulunya adalah rumah Rasulullah SAW & Siti Aisyah dan Saidina Ali & Siti Fatimah (Fatimah Az-Zahra) dan di situlah juga terletaknya makam Rasulullah SAW dan para sahabat
terdapat kubah berwarna hijau tua yang menjadi tanda letaknya makam Rasulullah SAW dan kubah ini boleh dilihat dengan jelas dari luar Masjid Nabawi
* semua kisah/gambar di atas diambil daripada pembacaan yang aku dapat daripada media maya, kepada mana-mana blogger yang telah aku siarkan kembali penulisan mereka, hanya Allah saja yang mampu membalas kebaikan yang telah mereka kongsikan ini. Semoga ianya akan memberi kita ilmu yang bermanfaat…yang baik dari Allah, yang buruk itu dari kita insan yang lemah. Wallahualam

Tidak ada komentar:

Posting Komentar